Wednesday, August 27, 2008

chef wan kacau daun







baru2 ini krew tv9 ole-ole bersama chef wan sempat bertandang ke pasir salak resort untuk rakaman masakan perak yoeb. apalagi huru hara di buatnye...... tau saja lah chef wan yang banyak cakap tuuuu. membebel aje tapi orang kampung suka bebenor dengan deme tu.
penerbit saudara amin dan pengarah cik siti zainah serta trainee ain sibuk sangat melayan kerenah chef wan dan rakan2.maklumlah ada bbq serta bakar ikan sungai seperti ikan lawang,lampam,tanggalan dan sebarau.apalagi malam tu melantak bagai nak giler.terima kasih kepada pengurusan pasir salak resort terutama pengurus nye khairul nizam dan isteri rayhana serta semue staf yang bersusah payah membantu seperti nadia yang menjadi tourist guide kami, pak huri yang pandai menangkap ikan sungai.kak wa yang masak gulai tempoyak...kunun nye.
sesiapa yang nak melancung keperak pergi lah ke pasir salak resort yang terletak di kampung gajah pasti layanan kaki tangan disini sungguh baik seperti teman tapi mesra.dak gitu.

Friday, July 25, 2008

Bertemu Tengku Puteri Intan Syafinaz

Semasa pengambaran majalah 3 di istana anak bukit, saya bersama krew telah menemubual Tengku Puteri Intan Syafinaz. Tengku Puteri telah memberikan layanan yang sangat istimewa kepada kami. Tengku Puteri juga seorang puteri raja yg berjiwa rakyat. Kami sempat bergambar bersama-sama sebagai kenang-kenangan.

Sambutan Jubli EMas SulTan Kedah

Baru2 ini..saya berpeluang membuat pengambaran untuk program majalah 3 terbitan tv3..sempena ulang tahun ke-50 pemerintahan kebwh duli yg maha mulia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah darul Aman. Semasa pengambaran, saya dapat bertemu dengan baginda sultan. Saya dapat melihat istana yg sungguh indah iaitu istana anak bukit..disana saya dan penerbit kamarul zain dapat melawat mini zoo milik tuanku. Pelbagai jenis haiwan terdapat disana seperti burung exotic ,rusa, kuda padi, ikan arowpaima dan lain-lain. Gambar ini dirakamkan di dalam pejabat KDYMM Sultan Kedah. Dirgahayu Tuanku..