Friday, July 25, 2008

Bertemu Tengku Puteri Intan Syafinaz

Semasa pengambaran majalah 3 di istana anak bukit, saya bersama krew telah menemubual Tengku Puteri Intan Syafinaz. Tengku Puteri telah memberikan layanan yang sangat istimewa kepada kami. Tengku Puteri juga seorang puteri raja yg berjiwa rakyat. Kami sempat bergambar bersama-sama sebagai kenang-kenangan.

Sambutan Jubli EMas SulTan Kedah

Baru2 ini..saya berpeluang membuat pengambaran untuk program majalah 3 terbitan tv3..sempena ulang tahun ke-50 pemerintahan kebwh duli yg maha mulia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah darul Aman. Semasa pengambaran, saya dapat bertemu dengan baginda sultan. Saya dapat melihat istana yg sungguh indah iaitu istana anak bukit..disana saya dan penerbit kamarul zain dapat melawat mini zoo milik tuanku. Pelbagai jenis haiwan terdapat disana seperti burung exotic ,rusa, kuda padi, ikan arowpaima dan lain-lain. Gambar ini dirakamkan di dalam pejabat KDYMM Sultan Kedah. Dirgahayu Tuanku..