Tuesday, September 23, 2008
kisah pilu menjelang syawal - bersamamu
Bila tiba hari raya semua insan bergembira tetapi bagi dua bersaudara ini tiada siapa yang mahu ambil tahu nasib mereka.Kedua-dua warga emas ini yang dilahirkan normal namun ketika meningkat dewasa mereka diserang sejenis penyakit yang di panggil mascular distrophy iaitu penyakit yang melumpuhkan saraf.Beginilah perjalanan hidup pakcik Othman 59 tahun dan adik nya Mokhtar 58 yang tinggal berdua disebuah pondok usang di bota kiri perak sejak kematian ibunya kira-kira 13 tahun lalu.Tuhan itu maha kaya lantaran itu seorang ibu tua yang tinggal berjiran dengan mereka begitu gigih membantu dan menghantar makanan setiap hari kepada dua insan oku ini tanpa mengenal erti jemu......Allah saja yang akan membalasnya.penderitaan serta keperitan yang dilalui oleh pakcik Othman dan pakcik Mokhtar setiap kali mereka menyuap rezeki Allah.....hanya Allah saja yang mengetahui... saya yang diberi kesempatan untuk melihat sendiri dengan mata dan kepala bagaimana mereka makan membuatkan hati dan jiwa saya yang kerdil ini begitu luluh sekali.tak perlu lah saya bercerita dengan panjang lebar... saudara tonton lah sendiri dalam program BERSAMAMU TV3 pada jam 9.30 malam 24 september 2008.sekiranya ada insan yang sudi menghulurkan sumbangan ikhlas bolehlah menghubungi saya aboh lang.semuga sumbangan kita yang sedikit ini dapat memberikan sekelumit cahaya idulfitri kepada dua pakcik malang ini menyambut hari lebaran .wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)